Friday, 11 November 2011

Kehilangan

Dikuaknya pintu bilik yang berwarna coklat gelap itu dengan perlahan. Lantas beg sekolah yang berusia setahun lebih diletakkan di sudut meja belajar. Dengan automatis tangan mencapai kerusi lalu posisi berdiri bertukar kepada duduk.


Tidak semena-mena keluhan dilepaskan. "Ya Allah, permudahkan lah aku untuk menjawab soalan-soalan SPM nanti". Hati kecilnya bersuara. Dia merasakan masa amat cepat berlalu. Tapi apakan daya masa tidak mungkin boleh diundurkan.


Jam menunjukkan hampir pukul  5 petang. Baru dia teringat. Ada urusan yang belum selesai. Lantas jarinya memetik suis lampu kamar mandi. Pili air dibuka. Kesejukan air itu terasa segar apabila dia membasuh seluruh mukanya.


***


Usai solat asar, lama dia berteleku di sejadah. Memohon kepada Yang Esa agar dipermudahkan segala urusan. Matanya tertumpu pada beg berwarna biru muda dan kelabu. "Ada masa lagi ni sebelum senja, boleh lah ulangkaji semula apa yang dah belajar tadi"


Telekung bercorak bunga halus pemberian arwah nenek dibuka dan disangkut rapi di tempat penyidai. "zrettt" Zip beg sekolah dibuka dan buku Bahasa Melayu SPM dikeluarkan. Kemudian diambilnya satu bekas empat segi dari beg itu. "Eh, tak ada dalam bekas ni ke" Mindanya mula berkira-kira di mana kali terakhir dia meletakkan kaca mata.


Diulang tayang satu persatu perbuatannya. Solat. Berwudhuk. Sampai di rumah. Dalam perjalan pulang dari belajar berkumpulan. "Ah, mungkin aku tertinggal dalam kereta si Ain tadi!" Nombor Ain terus didail. Terus ditanya tentang kaca matanya. Namun jawapannya hampa. Tiada dalam kenderaan tersebut.


Puas difikirnya di mana dia meletakkan kaca mata. Hati sudah mula gelisah. memikirkan peperiksaan SPM bakal menjelang empat hari sahaja lagi. "Macam mana nak jawab periksa kalau tak ada spec ni" "Tu dah la spec pertama. Macam nyawa kot." "Ala, kenapa kau ni cuai sangat?" Konflik dalaman.


Tiba-tiba muncul idea. "Aku beli contact lens je lah! Untuk sementara je"


Hati yang gelisah tadi bertukar gembira. Gembira apabila memikirkan dia mungkin akan memakai kata sentuh buat pertama kali. Hasrat hati terus diajukan kepada kakak. Bertambah gembira lagi dia rasakan apabila tiada bantahan diterima. Dia sudah mula berangan memasuki dewan peperiksaan dengan memakai kanta sentuh.


***


Selepas makan malam. telefon bimbit berbunyi menandakan ada pesanan ringkas dihantar.
"I've bad news Ummi! I found your spec. Remember, tadi kau main basikal pusing-pusing tasik. Terjumpa spec ni kat laman rumah aku." Pesanan ringkas yang dihantar oleh Ain.


 "Alhamdulillah! Jumpa juga spec aku. Eh tapi nak pakai contact lens batal lah macam ni..." Getusnya dalam hati.




p/s: Kalau dah rabun tu pakai je spec. Tak payah hipokrit nak sekejap pakai sekejap buka. Eh, diri aku lah tu? 

No comments: