Sunday, 7 December 2014

My Choice, My Way

"Ya ukhti,
Jangan sesekali berganjak daripada jalan ini (jalan dakwah)!
Kerana inilah satu-satunya jalan yang benar!
Jangan takut atau gentar dengan musuh di hadapan!
Kerana Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang benar!"

Allahu rabbi.

Bagai direntap hati ku, andai hati ini diikat rapi kemas berbelit dengan berutas-utas rantai besi, ibarat putus setiap butir rantai itu menunjukkan betapa tersentapnya aku dengan kata-kata seruan di atas.

Selama ini,
Aku ragu-ragu.

Selama ini,
Aku bermain-main dengan kata hati.

Selama ini,
Aku tidak yakin pada diri sendiri.

Selama ini,
Aku bersikap acuh tidak acuh.

Selama ini,
Pernah terdetik untuk melepaskan tangan akan tanggungjawab diberi.

Selama ini,
Ada terlintas untuk putus asa.

Namun kini,
Aku bangkit!

Kini,
Imanku yang lesu dibangkitkan!

Kini,
Aku yakin akan jalan tarbiyyah ini!

Kini,
Aku ingin melihat Islam tertegak hingga mencapai uztaziyatul alam!

Kini,
Akan ku gembleng tenaga muda untuk jalanMu, ya Allah!

Kini,
Akan ku kerah segala kudrat untuk jalan dakwah mu, ya Rasulullah!

Kini....
Akan ku infakkan diriku demi Islam!


"Ya Allah, semoga aku terus tsabat di jalan ini ya Allah. Semoga aku terus kuat bersama rakan seperjuangan ku untuk menegakkan agamaMu di muka bumi ini Ya Allah.."






No comments: