Monday 18 July 2022

MARA Assessment Centre (MAC) 2022 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41

 Salam. Hi! Thought of sharing my experience regarding MAC. Here goes:


For this year candidates applied end of April, then online test dapat awal Jun. After 2 weeks online test, result for MAC came out. I dapat email tu a week before MAC. Dapat kat KKTM Lenggong, Perak. Dapat je email terus message husband and he replied "GO!" pastu I cakap kat Perak tauu tapi dia okay je. Esok terus suruh cari hotel / homestay. Wehh almost penuh dah ye. So once dapat email tu cepat-cepat la booking accomodation haha. Bermulalah episod preparation. Prepare documents semua, mendukung anak pergi sekolah nak buat pengesahan docs, anak teman training utk bleep test haha terpusing pusing dia ikut mommy lari, print gambar passport, shopping outfit hahah shopping ni my fav part. Sebab memang my formal shoes pun rabak terus dah, went to JPO. Dapat deals kat Rubi beli flat shoes jelah RM15 hahahaha. Beg pulak ingatkan nak beli tote beg tapi takde yang okay so ended up with Typo laptop bag, also a deal got it for RM30 je from RM129 πŸ˜† Okay la kan overall under RM50 je #cheapskate LOL 

Invitation MAC through email

Pergi sekolah cop dokumen. Dia ni paling happy acah macam students jugak kemain laju jalan haha

Ahad 19 Jun 22

Today memang plan nak spend whole day prepare Bahan Bantu Mengajar (BBM) tapi tula hanya mampu merancang kan haha. Dah 5 pm baru buka laptop buat kerja nya. Tapi kejap je sampai 6pm then gi turun bawah exercise sikit. Also today is Father's Day so kena la spend quality time aaa gitchuuu

 Training mode eceyy

Sudah nya malam baru betul-betul fokus buat kerja. BBM start buat bila anak dah tido around 11pm. Stay up engkoooo sampai 3 am. Execution sekejap je tapi nak perah otak cari idea tu yang lama. Pastu tersalah gunting kertas purple tu besar sangat tak muat nak letak atas manila card so kena la rework. Nasib la assistant saya tak merungut hahaha assistant is the husband. The part yang leceh sikit coz I lekatkan semua straw cleaner tu guna hot glue gun. So kena slow slow so tak comot. But ended up memang I loveeee sangat my flow diagram ni hehe. Gotta thanks my husband sebab ni idea dia guna penyepit baju hahah. 

Manual animation guna sepit baju haha idea by my husb. Buat benda alah ni la yang sampai stay up 3am haha

Selasa 21 Jun 22 

I'm from JB. So gerak dari JB Monday night, stay kat my mom house @ Semenyih dulu. Sampai 1.30am.  The reason being sebab nak ambil barang kat Semenyih dulu, ada sijil yang tertinggal kat sini and amik baju kurung hahaha. Sebabnya baju kurung yang sopan ada sini, current baju kurung kat JB mostly baju kurung Kedah which is rasanya tak formal kan? Sebab baju formal tak boleh nampak susuk badan. Untuk iv kena la pakai baju paling ayu paling sopan semua kan. Oh ya also amik nametag kat sini. Ha nametag kalau ada lagi bagus and memang digalakkan pun. Ada calon yang siap tempah nametag kot sempena untuk iv ni. Effort begini kita mahukan. So siang Selasa ni just rest sikit la, kebetulan husband pun ada training kat Bangi. So I nap dulu nanti malam nak gerak Lenggong pula. Husband habis training 5pm tapi sampai rumah 7pm++ jugak. Lepastu kirim dia print slides and lesson plan lahhhh terlupa! Kalut kejap. Then tumpang print rumah jiran huhu nasib baikkk. Then siap-siap dinner dulu apa semua, bertolak ke Lenggong 9.30pm macam tu.

Rabu 22 Jun 22

Exterior homestay

Interior cabin

Sampai homestay 2.30am bebbb haha waze cakap 3h 30 mins je tapi apooo sampai 5jam drag dia. Stay kat Captain Rosli Homestay. Okay la selesa and all tapi dia tepi jalan raya tau! Banyak lori lalu pulak tu, struggle gila nak tidur. Selang beberapa minit macam tu asyik lori lalu je, kita pun bila dah penat sangat jadi susah nak tidur kan. Ended up tidur dalam 3.20am macam tu :') 5.22 am dah terjaga! Set alarm pukul 5.30am. Hahaha dia punya berdebar sampai tak lena tidur lol. Okay lah siap-siap terus semua. Sempat la jogging sikit kat area homestay tu saja warm up. 6.50am gerak ke KKTM. 15 mins je dari homestay. Kabus tebal wuuuuuhuuu sejukk.  

Kabus tebal ft bukit-bukau

 Sampai KKTM 7.10am . Settle pendaftaran, pegi cafe jap sebab sajaaa taknak masuk dewan awal-awal haha tapi tak lalu pun nak makan. Just teman husband makan je. Oh masa pendaftaran tadi kelakar sebab tanya urusetia tu boleh bawak baju kurung terus ke ada tempat gantung tak? Then dia cakap, "parents awak tak tunggu eh? Boleh je nak bawak tu ada tempat gantung." awwwww nape ingat kite datang dengan parents heheheh nampak lah saya ni muda kan 😝

Angkut dengan tak mandi nya hantar mommy haha

Sesi Taklimat 8.00am - 9.00am 

Semua calon perlu ada dalam dewan by 8am. So urusetia pun greetings dulu lah, tahniah and welcome to KKTM. FYI, tahun ni jumlah permohonan seluruh Malaysia 65 000, yang buat online test tu 16 000 dan terpilih untuk iv 1 800. Fuhhh ramai jugak kan. So tahniah dapat pergi ke MAC ni anda insan terpilih hihi. Next urusetia akan brief untuk susun docs and all. Documents ni perhatikan betul-betul tau dekat checklist docs tu. Ada berapa salinan, ada yang kena cetak dan lengkapkan. So yang lengkapkan tu isi semua awal-awal, tulis date siap-siap, nanti lepas daftar dapat nombor ID. Nombor ID pun tulis jugak kat semua borang. Sorry gambar borang takde amik gambar pulak.

Bleep test 9.00am - 10.00am 

Dah settle susun borang tu, next semua beg dan barang letak tepi. Calon-calon kena beratur panjang kat dewan ni, untuk bleep test. Jarak bleep test 20 meter, jadi calon kena lari ulang-alik. Haritu paling tinggi sampai level 6 je sebab ramai so taknak drag lama sangat masa. I got level 3.2 so kira okay dah tu untuk perempuan. Urusetia bagitahu bleep test takde lulus/gagal cuma dia ada markah rendah, baik, tinggi macam tu la. My preparation was memang training la hari-hari cuz badan tgh gemm skrg ni. First day training level 1 pun dah semput dah huhu. So okay la within a week dapat level 3 dah. So kalau you memang dah fit takyah risau la part ni hahaha. Oh pastu for pregnant women and yang baru lepas bersalin pun tak payah lari. So yang tak perlu lari ni masa pendaftaran boleh je terus berpakaian formal. Nanti masa bleep test duk tepi jadi cheers leaders je hehehe 

Bleep test 20m
 Microteaching (mt) 10.00am - 1.00pm 

Lepas dah habis bleep test tu boleh tukar baju formal terus. Masa diberikan 10 mins tapi rasanya I took more than that hahaha. Semua calon akan dibawa ke dewan seterusnya. Dia macam lecture hall. So kat sini jadi 'holding room'. Duduk lah tunggu giliran sementara no ID dipanggil sama ada pergi microteaching or interview dulu. Haaa kat sini lah yang akan make new friends jugak, yelah dah lelama boring juga menunggu so kita borak-borak haha. Sharing tips pun ye juga. Ada yang dah pergi dulu mt/iv so tanya dorang macam mana flow and all. My no ID 49 masa tu dapat mt pukul 12pm. 

Urusetia akan panggil in a group of 10, then naik ke tingkat atas untuk mt. So depan bilik mt tu tunggu lah lagi giliran. Sementara tunggu ni boleh prepare borang evaluation, lesson plans, slides yang dah print and BBM semua. Dalam bilik mt tu disediakan satu meja depan kita macam meja cikgu la kan. So boleh la nak letak nota or kertas sbg rujukan kita. Lagi satu, I set my own timer. Before masuk bilik mt siap2 set stopwatch kat hp. So masuk bilik mt untuk set up tu terus on phone, bila dah ready nak start terus tekan timer. Budak debate mesti boleh relate hahaha. Tujuan dia so kita tahu berapa minit dah kita bercakap, boleh la nak lajukan ke nak kena buat konklusi dah ke. Compare kalau orang yang kirakan masa untuk kita macam terkapai-kapai nanti. 

Alhamdulillah masa untuk my mt 10mins 38 saat gitu kot. Oh ye masa mt tu no interaction dengan panel langsung tau. So contoh kita ada bertanya soalan atau panggil student masa mt tu kena berlakon watak sbg student la pulak hahhaha dah nama pun mock teaching kan students pun khayalan je πŸ˜‚ bila dah habis mt, panel minta my BBM nak tengok dekat-dekat. Then panel tanya boleh simpan tak HAHAHA mesti lah boleh! It's my pleasure. Lagi pun kalau bawak balik bukan guna lagi pun and besar benda nya leceh nak bawak balik hehe. Tu macam plus point for me la sebab panel suka my BBM hihi. Panel ada juga tanya soalan, 1. kenapa pilih nak jadi cikgu biologi? 2. Kenapa pilih jadi cikgu biologi MRSM? haaa terkejut juga sebab daripada yang sharing selalu panel tanya pasal topic kita present tu. So yeahh ready jela. 
Holding room or lebih tepat 'holding hall' hehehe

Interview (iv) 2.00 - 5.00pm

Lunch break 1-2pm. Then 2pm masuk dewan semua sambung la mana part yang belum settle. Masa menunggu sesi petang ni ya Allah rengsa nyaaa rasa, semua orang pun dah restless dah jadi. I pun dah start berdenyut kepala yela tidur pukul 3 pagi kan. Pastu start 3.30pm macam tu ada calon dah habis and dah boleh balik omgg jealous ya hahahahah I tak sabar nak habis nak tidur!! Ended up my turn panggil pukul 3.40pm macam tu untuk iv. So in a group of 5 kami dibawa ke bangunan depan untuk iv. Sampai situ, kena tunggu giliran dulu luar bilik iv tu. So sementara tunggu sempat la berbincang dengan group expected questions and answer semua hehehe. My group ada calon subject Biology and counselling. Best jugak sebab dapat bincang topic selain daripada bio haahhaha. 4pm baru masuk bilik iv and habis 4.57pm hahaha. Barai gakk aaa.

Few minutes before masuk bilik iv masa ni gigil dah hahahah

Soalan yang ditanya masa sesi my iv tu:
1. online learning vs physical learning? Or hybrid learning?
2. selain academic, apa pencapaian tertinggi masa sekolah/uni?
3. isu tentang pendidikan, huraikan. Setuju / tak dengan isu tu?
4. pencapaian dalam 5 tahun akan datang?
5. kenapa nak jadi cikgu MRSM ?

Masa iv ni first 2 questions je in English lepastu panel dah borak in bm hahaha. I suka towards the end of discussion tu sebab my answer kena jadi rebuttal utk calon counselling πŸ˜‚πŸ˜‚ sebab nya I mention pasal mental health. Isu pendidikan tu, my answer was "saya tak bersetuju rotan sebagai hukuman sebab boleh mentally traumatised and it will affect their adulthood later on". Then I suggest la pendekatan yang lebih sesuai kan. Dah sudahhhh panel suruh calon counselling validate kan hahahha. Sorry bro jadi double iv for you πŸ˜‚

Group iv. Sporting dorang! Masa tggu turn tu sempat lagi bincang2 possible questions hehe

So masa kat KKTM ni settle 3 komponen jelah. Ujian kecergasan, microteaching and interview. Ujian psikometrik akan buat secara online dan selepas MAC calon Sabah Sarawak. Which for this year Sabah Sarawak around last week of July and first week of August. So nanti tengok la kalau rajin update utk ujian psikometrik tu I edit lagi haha. Harap nya my sharing ni membantu sedikit sebanyak kepada calon yang akan menghadapi MAC. If need further explaination boleh email me : ummiaqilah12@gmail.com. 

My biggest supporters. My man and my boy <3 

Appreciation note to my husb: I couldn't do it without both of you <3 yang tolong drive jejauh, bayarkan mcm2 hehe, also terpaksa kena sidai sementara mommy tunggu iv tu. Sebab homestay kena checkout pukul 12pm sharp, minta late checkout pun tak bagi so melepak la merata-rata dua beranak ni. Bayang la panas kot time lepas lunch nak sampai ke petang 5pm tu. Sabar sangat mereka ni menunggu mommy yang juga menunggu turn halahhh thank you so much boys πŸ’“

Lepak tepi Tasik Raban time tengahari rembang ya Allah real life merah-merah dah pipi


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Update : 20/7/22

Ujian psikometrik diberi masa utk buat dari Selasa 19 Julai - Jumaat 22 Julai , 12pm. Ada 10 bahagian dan 125 soalan. Bila dah jawab 1 bahagian tu tak boleh pergi backward nak check jawapan ke apa. Sebab dia boleh tekan next je. Kalau online test kan kita bleh ke belakang semula nak check jawapan tapi psikometrik ni tak boleh. So boleh tukar jawapan tu selagi tak tekan next utk pergi bahagian seterusnya. Basically soalan tanya tentang personaliti je. Cth soalan lebih kurang :
-pesanan ibu bapa membantu saya semasa membuat keputusan
-saya berasa selesa semasa majlis keramaian di kejiranan
-saya akan mengemas meja sebelum memulakan tugasan yang baru
-saya terasa terikat apabila telah membuat janji temu yang telah ditetapkan hari dan masanya

Pilihan jawapan kena pilih antara:
-sangat tidak tepat
-tidak tepat
-agak tepat
-tepat
-sangat tepat

Haaaa ingatkan susah soalan psikometrik dia sebab before ni jumpa yg orang lain sharing lagi complicated hahaha. Tapi tula sebenarnya ada lah perkara yang dinilai berdasarkan soalan tu mcm sikap berdisiplin, keyakinan diri, teratur etc. So masa jawab tu I sentiasa relate kan dengan jawatan yang kita apply tu sebab if jawapan tak konsisten nanti ada chance utk tak pass the test juga. Sebagai persediaan boleh Google je ujian psikometrik sebab skrg ni siap ada org yang buat quiz online n ada jugak yang jual rujukan psikometrik softcopy. Okay so I think this is all for my sharing regarding program MAC ni. Doakan Ummi Aqilah berjaya insyaAllah!! 

Thank you for reading! Untill next time (which taktau la bila tahun pulak nak blogging lagi hahaha bye!)
 







No comments: